Sumber : K.Gee
Ramadhan 13...
Menjengah ke dapur K.Gee aka Fauziah Samad, sorang wartawan yang terkenal satu ketika dulu. Sekarang pun femes gak as a blogger...
Dah lama dok idam nak buat masakan ni..teringat masa duduk kat Johor Bahru dulu, masakan ini memang terkenal di sana. Masakan orang Jawa.
Macam-macam ada dalam ramuannya...Masak ni saja pun dah cukup..
Bahan-bahan pun senang dapat...
Saya copy paste saja resepinya di sini...Resepi asal di sini
Bahan-bahannya:
2 peket tempe
5 keping tahu biasa
5 batang cili merah
secekak kacang buncis (kacang panjang pun bleh)
segenggam cili kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci halia
udang
ayam
pedal
petai (kalau suka bubuh)
dua sudu besar gula merah
1 inci belacan
½ kilo santan pekat
2 keping asam gelugor (asam keping)
CARA MEMBUATNYA:
1. Tahu dan tempe didadu. Goreng separuh masak dan tepikan. Tumbuk halia, lengkuas dan serai hingga halus. Mayang bawang merah dan bawang putih. Hiris serong dan halus cili merah dan gunting serong cili kering. Kopek petai dan belah dua.
2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan bawang putih dan bawang besar, cili kering dan cili merah. Goreng seketika hingga bahan2 dah lembut sedikit. Masukkan ayam dan pedal yang telah dipotong nipis. Goreng lagi seketika. Kemudian masukkan belacan dan gula merah.
3.Setelah naik wangi, masukkan santan.
Setelah santan mendidih seketika, masukkan udang dan sayur buncis. Kemudian apabila sayur sudah agak layu sikit, masukkan tempe dan tahu goreng.
4. Rasa garam dan campakkan dua keping asam gelugor.
Gaul hingga semua bahan telah rata dan bersatu. Padam api.
Sedap makan dengan Nasi impit, Ketupat atau Lemang. Sedap juga dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment