Salam Ramadhan ke-15. Suasana semakin berubah bila ramai orang sudah mula sibuk menyiapkan keperluan untuk menyambut hari raya aidil fitri.Kaum-kaum ibu mesti tak menang tangan kan menyiapkan juadah berbuka sambil membuat biskut-biskut raya yang sedap-sedap belaka.Tukang jahit pun dah mula terasa debarannya apabila banyak lagi tempahan pakaian yang perlu disiapkan...
Mesti seronokkan bila tercium bau harum biskut-biskut dari rumah orang sebelah...Pada yang beli sahaja, mesti dah tak sabar nak mengira berapa banyak biskut raya tahun ni...Kalau boleh semua nak beli...Musim-musim macam ni memang kita akan jumpa bermacam-macam jenis biskut.pasti semuanya lazat dan sedap...
Saya juga tak ketinggalan, tahun ini totally saya buat biskut sendiri.Tahun-tahun sebelum ini saya tunjuk-tunjuk saja.Tapi terasa nak asah skill lagi selain dari membaking kek, apa salahnya mencuba buat biskut pula.So,musim perayaan saja saya rasa sesuai nak buat biskut, kalau hari-hari biasa mesti kurang semangat...Yelah! nanti buat biskut banyak-banyak, sapa pula nak makan...Anak-anak lak terlampau memilih biskut ni..mesti nak yang banyak coklat saja..yang tak ada coklat kurang digemari...
Sebenarnya ini adalah biskut ke-3 yang saya buat.Tapi biskut yang lain saya belum make-up kannya lagi...so kita tengok yang ni dulu.Dah lama mengintai biskut ni...terasa kerangupan badamnya yang agak mewah gitu. Biskutnya pun sedap sangat tapi agak manis sikit, sesiapa yang tak suka manis boleh kurangkan gulanya.
Resepi biskut ni saya ambil daripada pakar kek di Changlun, Kedah.Changlun you...jangan tak caya..dulu-dulu orang kata tempat jin bertendang. But nowadays Changlun dah maju, ramai orang-orang luar yang menetap di sana.Sesiapa yang berminat untuk menempah kek bolehlah berbuat demikian.Memang cantik-cantik kek Rani.
Sumber : Rani
Bahan-bahannya:
250gm mentega (saya guna anchor salted)
125gm gula aising (boleh kurangkan kuantiti pada yang tak suka manis)
1 biji merah telur
-Bahan di atas dipukul hingga sebati.
250gm tepung supersoft
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
sedikit esen vanilla
Kacang shantung atau badam nib.
Ceri merah dipotong kecil-kecil
Putih telur
-masukkan esen vanilla dan semua tepung diatas,gaul dan uli sebati sehingga adunan tidak melekat ditangan, sekiranya adunan masih melekat ditangan, tambah tepung gandum dan tepung jagung dalam nisbah yang sama banyak.
Bentukkan adunan menjadi bebola
Kemudian golekkan bebola dalam telur putih serta toskan kemudian golekkan dalam kacang
Biskut tadi diletak atas dulang pembakar, tekan dan leperkan sedikit biskut kemudian letakkan ceri ditengahnya.
Bakar pada suhu 170' celcius selama 20 minit
No comments:
Post a Comment