Saturday, 21 April 2012
Nasi Daging
Sumber : masam manis
Bahan-bahannya:-
1 kilo daging lempu (dihiris kecil-kecil dan rebus dengan 3 cawan air sehingga empuk)
3 cawan beras basmathi faiza (basuh, rendam sekejap dan toskan)
4 cawan air rebusan daging
1/2 cawan susu cair
3 tsb minyak sapi (saya guna planta)
1 paket rempah kurma baba's (bancuh dengan sedikit air)
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang serai (dititik)
1 inci kulit kayu manis
1 biji tomato (dicincang)
1 tin kecil kacang peas (boleh diganti dengan kismis)
Garam secukupnya
Cara-cara membuatnya:-
Panaskan minyak sapi dalam periuk untuk masak nasi.Kemudian tumis semua bahan-bahan yang dihiris halus
Masukkan juga kulit kayu manis dan serai .
Selepas naik bau, tumiskan rempah kurma dan kacau sehingga naik minyak
Kemudian masukkan air rebusan daging,daging, susu cair, garam dan tomato yang dicincang
Biar hingga mendidih kemudian masukkan beras
Alihkan periuk kedalam periuk elektrik
Masak nasi hingga kering air barulah masukkan kacang peas, gemburkan nasi dan biar hingga nasi masak sepenuhnya.
Bila dah masak, nasi ini boleh dihidangkan dengan air asam tomato.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment