Pages

Wednesday 6 March 2013

Ikan cencaru bakar sumbat sambal kelapa

Salam semua...semoga sentiasa didalam barkah NYA walaupun negara kita tengah dilanda kemelut.
Salam Takziah untuk semua keluarga perwira-perwira negara yang terkorban sewaktu melakukan operasi di Lahad Datu.

Sesungguhnya yang kehilangan ahli keluarga lebih terasa kesedihannya berbanding dengan kita yang berada nun jauh di Semenanjung...menumpang juga kesedihan tersebut.Namun begitu ada juga orang-orang yang mempersendakan perkara ini.Kononnya ini satu sandiwara....Aduhai!!!...Tian Chua...fikirlah dengan akal fikiran takkanlah orang Malaysia nak memusnahkan negaranya sendiri.Takkanlah PM kita nak buat sandiwara dengan mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa...Ada saja statement pembangkang ni...untuk mengeruhkan lagi keadaan dan menaikkan amarah orang.

Saban hari hanya berita di TV dan akhbar harian yang menjadi tatapan.Sentiasa mengikuti perkembangan di sana...dan didoakan agar operasi menggempur yang dilakukan oleh polis dan tentera Malaysia berjaya mematahkan dan menangkap semua pengganas-pengganas tersebut.

Dikesempatan ini juga HL mendoakan agar sepupu HL Kapten Amir Ridhuan yang turut serta di dalam operasi tersebut serta berada di Sabah juga, sentiasa dilindungi NYA dari bala bencana dan berjaya menjalankan misinya dengan jaya sekali.Kegusaran dan kerisauan ibu dan ayahnya tidak mampu dibendung lagi bila memikirkan anak yang jauh bertugas disana.Semoga Kapten dan isterinya di Sabah sentiasa selamat.Seluruh keluarga di Semenanjung sentiasa mendoakan keselamatan Kapten sekeluarga.Teruskan perjuangan anda demi bangsa dan negara.Anda adalah seorang perwira...

OK...let's go to the topic today...

Hari ini just nak share masakan simple-dimple ni saja...
Ikan ni adalah hasil pancingan my other half.Ribut melanda dan hasil pancingan pun hanyalah ikan-ikan kecil ni sahaja.Normally kalau cuaca elok, ada beberapa ekor tenggiri dan talang yang dibawa balik.Tapi kali ini laut bergelora, so dapat ikan cencaru pun dah kira OK...Ikan baru memang segar dan manis.HL sendiri tak berapa pandai nak menggayakan masakan ikan cencaru ni, masakan ni sajalah yang HL tahu kalau guna ikan cencaru.Sumbat sambal biasa atau sambal kelapa...Senang dan mudahkan!!!...

Bahan-bahannya:
3 ekor ikan cencaru (Di cuci bersih dan dibelah belakang)
1 cwn kelapa

4 biji cili merah
10 biji cili burung (kalau nak lagi pedas...sila tambah)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2 batang serai (dihiris halus)
Sedikit belacan
Sedikit garam dan gula
Sedikit air asam jawa

Cara-cara membuatnya:
Semua bahan-bahan diatas kecuali kelapa dimasukkan kedalam blender dan dikisar
Kemudian campurkan bahan kisar tersebut dengan kelapa dan digaul rata.
(Kalau nak warna kuning, masukkan serbuk kunyit sedikit kedalam bahan kisar)
Perasakan dengan garam dan gula.
Sumbatkan bahan tersebut kedalam ikan
Masukkan ikan kedalam pemanggang ajaib dan bakar dengan api sederhana
Selepas 15 minit, alihkan pemanggang
Biarkan hingga ikan betul-betul masak.
Selepas itu tutup api dan hidangkan ikan dengan nasi dan lauk iringan yang lain.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...