Salam..Agak lembab sikit blog ni sejak kebelakangan ini, anak-anak saya akan menghadapi peperiksaan UPSR dan SPM hujung tahufn ni, so agak busy dan teramat-amat busy dengan tugas seharian, siang hari di pejabat, bila di rumah menjadi surirumah merangkap driver anak-anak...menghantar ke tuition dan ke mudian menjemput balik dari tuition.Hampir setiap hari ada tuition, so sometimes rasa teramat penat sangat....
Dalam hati ni rasa berdebar-debar sangat, anak-anak yang nak exam, emak pula yang lebih-lebih.UPSR cuma beberapa hari saja lagi, dari 12 Sept hingga 14 Sept...beberapa hari saja lagi tolak cuti, cuti raya lagi....Hopefully Alia akan mendapat markah yang sentiasa dihajatinya dan disebut-sebutnya selalu..Insyaallah!!!!....Selepas itu kakaknya pula Afifah akan menghadapi SPM...gigih belajar untuk mencapai markah yang dihajatinya...banyak peningkatan yang ditunjukkannya sepanjang tahun ini...Semoga kedua-dua anak ini berjaya di dalam exam mereka.
Lepas tahun ni kemungkinan tidak ada lagi peperiksaan seperti ini...tapi cara lain pula...macam-macam perkembangan persekolahan sekarang, tak sama macam generasi dahulu...anak-anak sekarang pun ramai yang cerdik pandai.Bonus untuk mereka juga....
Dalam pada itu sempat juga saya menyiapkan cup cakes permintaan daripada Alia sempena hari jadinya 20 July ini, untuk diberi kepada kawan-kawan sekelasnya dan guru-guru yang mengajarnya.Lagipun ini tahun terakhir Alia di sekolah tersebut, selepas ini belum tahu hala tuju lagi.Masing-masing akan bawa diri menuju destinasi seterusnya...
Saya hanya sempat ambil gambar cakes sahaja, yang lain-lain memang tak sempat pasal dah terlampau mengantuk sangat.Baking cakes dengan oven yang teramat kecil, benar-benar mencabar diri.Sebanyak 60 biji choc cakes saya buat, lepas tu nak packing lagi. Yang ni untuk murid-murid sahaja, untuk cikgu ditunda pasal dah terlampau mengantuk.Pukul 3 pagi baru siap semua.Saya ambil resepi untuk choc cakes daripada sini dan red velvet daripada sini.Semua kejadiannya memang amat-amat sedap sekali...Pada pendapat saya la...Choc cakes saya planning memang nak hias bagai ngan buttercream, but at last saya biar kosong saja pasal saya dah tak terdaya nak membancuh buttercream.Ingat nak tidur saja...
Pada pendapat saya, kalau nak mencuba resepi daripada seseorang, cuba sahaja...dah hasilnya kalau tak menjadi atau kurang menjadi, jangan salahkan pemberi resepi..sebab air tangan masing-masing berbeza...memang adunan sama, ikut sukatan yang diberi..tapi cara olahan mungkin berlainan.So, rasa tetap sama, cuma kejadiannya mungkin berbeza...sebab cara mengadun atau cara membakar yang berbeza...Cara mengadun bancuhan perlu diambil kira, kalau resepi kata "kaup balik"..gunalah cara tu, janganlah pula pergi putar sampai 15 minit atau lebih...nanti jadi lain pula.Kalau dia kata tepung gandum, guna tepung gandum...kalau kata putar 2 min atau 3 min..ikut sahaja..Insyaallah menjadi...Kalau tak jadi juga...pandai-pandailah buka ÿou tube"...kat situ akan ditunjukkan cara pembuatannya...Sometimes kita lupa sesuatu...kalau fail, cuba lagi..sebaik-baiknya search banyak resepi dan cuba...Setakat hari ini saya banyak mencuba resepi daripada internet, tak ada yang mengecewakan lagi.Kalau ada pun, saya cuba kaji dimana silapnya dan saya cuba sampai jadi juga...
No comments:
Post a Comment