Pages

Saturday, 13 April 2013

Kelas Nasi Briyani Dham bersama Chef Amer anjuran Haslynda Delights

Anjuran Haslynda Delights
Tarikh : 13 April 2013
Lokasi : Bertam Perdana 2, Kepala Batas,Penang
Jam : 9.00am-4.30pm




 Chef Amer sedang menerangkan cara-cara memasak kepada pelajar-pelajar


Chef sedang menyiapkan bahan-bahan untuk memasak
Proses menumis bahan untuk daging kambing briyani

Blok-blok daging kambing untuk dimasak

Daging kambing selamat masuk kedalam periuk....terus masak sehingga betul-betul masak dan lembut...


Chef pesan...pisau kena sentiasa tajam untuk memasak...so Chef sentiasa asah pisau dia...Cantik bekas asah Chef!!!...Sebab tu hiris halia...laju je!!!!..

Assistant Chef sedang mengacau daging kambing...aromanya menusuk hidung...terus rasa lapar...

Masing-masing kusyuk mendengar penerangan Chef



Chef membancuh serbuk kari untuk dalca
Chef juga menerangkan tentang campuran serbuk kari untuk menjadikannya lebih sedap..
Terima Kasih chef!!!

Penerangan tentang cara-cara memasak dalca

Chef menyediakan air bandung soda yang sangat sedap...mmg the best la!!!..tapi yang tak minum susu tu...tak dapek nak nolong..


Hidangan yang dah siap dimasak oleh Chef Amer...Dalca daging/tetel bersama sayuran..Ayam masak merah..Rojak pencur dan kambing masak briyani...

Kambing masak briyani...the best!!!...

Kombinasi nasi briyani Dham yang sangat sedap from Chef Amer...anak jati Johor..

Sweet memories with Chef Amer...yang atas meja tu..bekalan untuk semua peserta yang hadir...Haslynda Delights (penganjur) yang baju hijau with tudung Fareeda polkadot...berdiri kiri sekali...

Terima Kasih banyak-banyak Lynda...

Untuk sesiapa yang ingin mengetahui tentang kelas yang dianjurkan oleh beliau atau membeli produk-produk Haslynda Delights atau Tudung Fareeda yang anggun tu bolehlah search FB Haslynda Delights..


Sunday, 7 April 2013

Lamb Chop

Lamb Chop mentah dibeli di Giant di bahagian sejuk beku...tapi sayang...liat!!..


Bahan-bahan untuk perapan daging

 

Daging yang telah disalut dengan bahan perapan

 

Balut dengan cyling wrap atau tutup daging untuk mengelakkan bahan-bahan asing...biarkan diluar selama 1 jam untuk bahan-bahan perapan meresap kedalam daging

 

Black pepper sauce yang dah siap dimasak

 

Tarrraaaa!!!......Lamb Chop yang dah siap dan sedia untuk disantap..

 





'
'
'
'
'

Sebelum tu maaf lah pasal gambar keluar dulu...tak sempat nak taip resepinya pasal ada hal lain yang perlu didahulukan...

Resepi Lamb Chop yang sememangnya sedap dan wallah!!...ini diadaptasikan daripada blogger yang tersohor sekarang ini dipersada alam maya...siapa lagi kalau bukan Azlita Aziz atau Ita Masam Manis. 

First time nak memasak lamb Chop, memang rasa tak confident langsung...tapi bila dah berjaya membuatnya..memang HL akui Lamb Chop Chef Amer ini memang terbaik..

So, anda diluar sana kena mencubanya...

Daging yang HL beli ni agak liat...HL beli yang frozen di Giant..HL tak biasa beli barang basah di Giant so berpusing-pusing juga la mencari Lamb Chop.At last jumpa juga...

Semua memuji kesedapannya..tapi anak HL kata "boleh patah gigi macam ni"... sambil menggigit-gigit daging...kesedapannya menyebabkan keliatan daging itu tidak dipedulikan lagi...

Cuma untuk sesiapa yang nakkan rasa lada hitam lebih, boleh tambahkan kuantitinya...HL letak 2 sudu besar lada hitam pasal isirumah semua suka pedas.

So, kita tengok resepinya kay!
HL c&p from blog Ita Masam Manis

LAMB CHOP
Resepi : Chef Amer Hamzah

10 keping kambing Lamb Shoulder


Bahan Perapan

8 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah India
1 batang serai
130 gm minyak jagung atau Olive Oil
70 gm air
30 gm lada hitam biji
40 gm gula pasir atau Brown Sugar
5 gm Paprika
10 gm serbuk Stock Perang ~ Jenama Knor (10gm=1tsb)
50 gm sos HP original
25 gm Yellow Mustard
2 gm Tyme
2 gm Rosemary
10 gm garam

Bawang putih, bawang merah, serai, minyak jagung dan air di kisar bersama hingga halus
Lada hitam biji di tumbuk atau dikisar kasar
Campurkan semua bahan perapan kecuali Rosemary
Bila dah sebati baru masukkan Rosemary
Lumurkan pada daging di kedua-dua bahagian
Susun dalam bekas dan perap semalaman

Selepas itu bolehlah dibakar..HL menggunakan pemanggang ajaib untuk membakarnya.Cuma mengambil masa 20 minit saja dan agak moist .So..tak rugi tau beli pemanggang ajaib ni.

Tapi don't worry..boleh juga dibakar dalam pemanggang yang kurang ajaib.Bakar macam biasa sehingga masak atau sehingga kualiti yang diperlukan.Setengah orang tak suka terlampau masak sangat...so ikut kesesuaian masing-masing

BLACK PEPPER SAUCE
Resepi : Chef Amer Hamzah

40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu

Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
Karot dan celery juga di kisar
Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air

Mula-mula kita panaskan mentega
Ita tambahkan sedikit minyak olive oil
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
Masukkan  lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata










Saturday, 6 April 2013

Ais krim vanilla


ice cream vanilla ini disediakan dengan menggunakan ice cream maker from Amway...

Bahan-bahannya:
250ml whipping cream @ thickened cream (yg ni lg sedap...)
250ml fresh milk
150g gula castor (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1tsp esen vanilla @ perasa yang dikehendaki seperti strawberry, oren or coffee...

Cara-cara membuatnya:
Masukkan semua bahan kedalam ice cream maker dan tekan fungsi power dan start
Proses membuat ice cream selama 60 minit

Sekiranya ice cream ini tidak habis dimakan...masukkan dalam tupperware bertutup dan masukkan ditempat sejukbeku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...