Mungkin ini entri terakhir di tahun 2013...Blog ini pun dah suam2 kuku...Tuan Blog sibuk memanjang...Di tambah pula dengan macam-macam kejadian di akhir-akhir penghujung 2013.
Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul.
Semoga kesabaran sentiasa terpahat di hati ini untuk menempuhi lagi tahun-tahun mendatang dengan seribu satu macam ragam dan dugaan......
Ini ialah pic2 sewaktu berkunjung ke Phuket & Krabi tempohari.
Sekarang seolah-olah Thailand menjadi perhatian lebih kepada pelancung-pelancung.
Dahulu sibuk orang ke Jakarta, Bandung, Bali dan sekitar Indonesia.
Masing-masing mahu bertukar angin agaknya...
Memang seronok ke tempat-tempat seperti ini, mencabar betul bila berada di dalam bot, terapung-apung di tengah lautan Andaman.Kawasan yang dulunya pernah menjadi persinggahan Tsunami tahun 2004.Hingga hari ini, kesan itu seolah-olah hilang ditelan arus pembangunan.